Sunday, 22 December 2013

Perjalanan aku masih panjang

                         ♥on my way♥

Banyak perkara yang masih belum aku capai.Masih panjang lagi perjalanan aku untuk mencapai apa yang aku impikan.Tugas aku masih belum selesai selagi aku bergelar sebagai seorang pelajar.Sepanjang aku bergelar sebagai seorang mahasiswi masih banyak lagi perkara yang perlu aku belajar,masih banyak lagi yang perlu aku tahu.
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku dihidupkan hari ini.Memberi peluang untuk aku manfaatnya.Tapi aku sedar,aku manusia yang lemah.Tidak boleh berjanji untuk menjadi lebih baik sebab aku tahu aku tak sempurna.
Tetapi aku terus mencuba menjadi yang lebih baik dari hari ke hari.Bukan senang untuk buat orang lain senangkan.Tetapi itu lah yang aku cuba.
Aku perlu sokongan,bimbingan untuk aku terus maju ke hadapan.
Aku perlu buktikan bahawa aku boleh menjadi seorang yang berjaya.I always prays.
Aku rasa mungkin ramai yang di luar sana ingin berjaya.Ingin menjadi apa yang aku inginkan.Aku percaya itu!Aku tidak dapat mencongak bila hidupku akan berakhir.Tapi apa yang harus aku buat adalah teruskan hidup.Selesaikan segala urusan duniawiku disamping mencari serta menambah amalan untuk bekalan akhiratku....
Aku tahu masih panjang lagi perjalanan yang aku perlu tempuh.Masih banyak dugaan dan ujian yang akan datang sepanjang aku bergelar khalifah dimuka bumi ini.




No comments:

Post a Comment