Monday, 23 December 2013

Jika kamu,Anggaplah aku...


Jika kamu menangis...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menghiburkanmu
Jika kamu kecewa...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa memujukmu
Jika kamu susah...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menyenangkanmu
Jika kamu sempit...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa melapangkanmu
Jika kamu keseorangan...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menemanimu
Jika kamu merintih...
Ingatlah bahawa ALLAH mendengar untukmu
Jika kamu dilupakan...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa ingat kepadamu



Anggaplah aku ini seperti pen yang tidak berdakwat,kerana aku..kau tidak dapat menulis
Anggaplah aku ini seperti hujan yang turun,kerana aku...kau sejuk
Anggaplah aku ini seperti matahari yang panas terik,kerana aku...kau kepanasan
Anggaplah aku ini seperti ribut,kerana aku...kau resah
Dan...Jangan anggap aku seperti pelangi yang indah...kerana aku tidak mampu membuat kamu tersenyum setelah aku pergi dari hidupmu,kerana aku takkan kembali mengindahkan hari-harimu...


Sunday, 22 December 2013

SUPAYA DIJAUHKAN DARI GOLONGAN INI




Saat kita sibuk mengata hal orang,membuka aib orang, kadang-kadang kita tidak perasan yang kita telah pun membuka aib sendiri.Malah kita sendiri telah pun ketahui bahawa mengumpat itu adalah salah satu DOSA BESAR,dan tempatmya di NERAKA JAHANAM.Maka kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari mengumpat,mengata,mencela.Tapi itulah manusia senang untuk membuat kesilapan.
Dalam Al-Quran ALLAH telah menyatakan dalam surah Al-Humazah surah yang ke-104 yang menceritakan azab kepada si pengumpat dan pencela,iaitu :-"celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela."akan dilemparkan ke dalam NERAKA HUTAMAH."Iaitu api (azab) ALLAH yang dinyalakan."Yang (membakar) sampai ke hati."
Telah diterangkan di dalam Al-Quran bahawa manusia seperti itu akan mendapat balasan.Itu janji ALLAH
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Perjalanan aku masih panjang

                         ♥on my way♥

Banyak perkara yang masih belum aku capai.Masih panjang lagi perjalanan aku untuk mencapai apa yang aku impikan.Tugas aku masih belum selesai selagi aku bergelar sebagai seorang pelajar.Sepanjang aku bergelar sebagai seorang mahasiswi masih banyak lagi perkara yang perlu aku belajar,masih banyak lagi yang perlu aku tahu.
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku dihidupkan hari ini.Memberi peluang untuk aku manfaatnya.Tapi aku sedar,aku manusia yang lemah.Tidak boleh berjanji untuk menjadi lebih baik sebab aku tahu aku tak sempurna.
Tetapi aku terus mencuba menjadi yang lebih baik dari hari ke hari.Bukan senang untuk buat orang lain senangkan.Tetapi itu lah yang aku cuba.
Aku perlu sokongan,bimbingan untuk aku terus maju ke hadapan.
Aku perlu buktikan bahawa aku boleh menjadi seorang yang berjaya.I always prays.
Aku rasa mungkin ramai yang di luar sana ingin berjaya.Ingin menjadi apa yang aku inginkan.Aku percaya itu!Aku tidak dapat mencongak bila hidupku akan berakhir.Tapi apa yang harus aku buat adalah teruskan hidup.Selesaikan segala urusan duniawiku disamping mencari serta menambah amalan untuk bekalan akhiratku....
Aku tahu masih panjang lagi perjalanan yang aku perlu tempuh.Masih banyak dugaan dan ujian yang akan datang sepanjang aku bergelar khalifah dimuka bumi ini.