Monday, 23 December 2013

Jika kamu,Anggaplah aku...


Jika kamu menangis...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menghiburkanmu
Jika kamu kecewa...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa memujukmu
Jika kamu susah...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menyenangkanmu
Jika kamu sempit...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa melapangkanmu
Jika kamu keseorangan...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menemanimu
Jika kamu merintih...
Ingatlah bahawa ALLAH mendengar untukmu
Jika kamu dilupakan...
Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa ingat kepadamu



Anggaplah aku ini seperti pen yang tidak berdakwat,kerana aku..kau tidak dapat menulis
Anggaplah aku ini seperti hujan yang turun,kerana aku...kau sejuk
Anggaplah aku ini seperti matahari yang panas terik,kerana aku...kau kepanasan
Anggaplah aku ini seperti ribut,kerana aku...kau resah
Dan...Jangan anggap aku seperti pelangi yang indah...kerana aku tidak mampu membuat kamu tersenyum setelah aku pergi dari hidupmu,kerana aku takkan kembali mengindahkan hari-harimu...


Sunday, 22 December 2013

SUPAYA DIJAUHKAN DARI GOLONGAN INI




Saat kita sibuk mengata hal orang,membuka aib orang, kadang-kadang kita tidak perasan yang kita telah pun membuka aib sendiri.Malah kita sendiri telah pun ketahui bahawa mengumpat itu adalah salah satu DOSA BESAR,dan tempatmya di NERAKA JAHANAM.Maka kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari mengumpat,mengata,mencela.Tapi itulah manusia senang untuk membuat kesilapan.
Dalam Al-Quran ALLAH telah menyatakan dalam surah Al-Humazah surah yang ke-104 yang menceritakan azab kepada si pengumpat dan pencela,iaitu :-"celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela."akan dilemparkan ke dalam NERAKA HUTAMAH."Iaitu api (azab) ALLAH yang dinyalakan."Yang (membakar) sampai ke hati."
Telah diterangkan di dalam Al-Quran bahawa manusia seperti itu akan mendapat balasan.Itu janji ALLAH
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Perjalanan aku masih panjang

                         ♥on my way♥

Banyak perkara yang masih belum aku capai.Masih panjang lagi perjalanan aku untuk mencapai apa yang aku impikan.Tugas aku masih belum selesai selagi aku bergelar sebagai seorang pelajar.Sepanjang aku bergelar sebagai seorang mahasiswi masih banyak lagi perkara yang perlu aku belajar,masih banyak lagi yang perlu aku tahu.
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku dihidupkan hari ini.Memberi peluang untuk aku manfaatnya.Tapi aku sedar,aku manusia yang lemah.Tidak boleh berjanji untuk menjadi lebih baik sebab aku tahu aku tak sempurna.
Tetapi aku terus mencuba menjadi yang lebih baik dari hari ke hari.Bukan senang untuk buat orang lain senangkan.Tetapi itu lah yang aku cuba.
Aku perlu sokongan,bimbingan untuk aku terus maju ke hadapan.
Aku perlu buktikan bahawa aku boleh menjadi seorang yang berjaya.I always prays.
Aku rasa mungkin ramai yang di luar sana ingin berjaya.Ingin menjadi apa yang aku inginkan.Aku percaya itu!Aku tidak dapat mencongak bila hidupku akan berakhir.Tapi apa yang harus aku buat adalah teruskan hidup.Selesaikan segala urusan duniawiku disamping mencari serta menambah amalan untuk bekalan akhiratku....
Aku tahu masih panjang lagi perjalanan yang aku perlu tempuh.Masih banyak dugaan dan ujian yang akan datang sepanjang aku bergelar khalifah dimuka bumi ini.




Saturday, 9 November 2013

Segalanya bermula di sini




Mula dari bawah adalah pilihan aku untuk melangkah mencipta kejayaan..
Mungkin tak terlambat lagi untuk aku bersaing dengan kawan-kawan yang dah maju ke hadapan..
Aku akur bahawa ini jalan yang terbaik untuk aku mengubah nasib aku menjadi lebih baik suatu hari nanti..
Mungkin ada yang pandang rendah..it's okey..
Tapi jangan sombong pada mereka yang berada di atas..
Hanya yang boleh membezakan darjat seseorang itu adalah "ILMU"
Mungkin kita  selesa berada apabila kita berada di atas..tapi kita tak pernah fikir pun ujian mahupun cabaran yang datang...
Dan ingatkah bahawa segala yang ada pada diri kita hanya sementara..
Kita meminjam yang bukan milik kita sepenuhnya
Kita hanya menumpang..bila-bila masa 'DIA" akan tarik semula segala yang ada pada kita..
Jadi jangan "SOMBONG"





Thursday, 30 May 2013

kehidupan



"Orang yang bahagia selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca adalah sumber hikmahnya,menyediakan waktu tertawa kerana tawa  merupakan musik jiwanya,menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuannya,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaannya,menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda akan membuatnya selalu muda,dan menyediakan waktu beribadat,kerana beribadat itu adalah ibu segala ketenangan JIWAnya"
"Dalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & tertawa,adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu untuk menghargai nilai setitis air mata,kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini,kita tidak akan merasa kemanisan di kemudian hari,tidak salah sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA,sesekali kita perlu berasa KECEWA,untuk kita kenal erti KEJAYAAN,sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi,dan sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI"

Thursday, 3 January 2013

Kemaafan Melanda




Saya maafkan dia walaupun dia tidak pernah menyakiti hati saya~
Saya maafkan dia walaupun dia tidak pernah menipu saya~
Saya maafkan segala percakapannya~
Saya maafkan kelakuannya~
Sebab..saya hanya insan biasa yang harus maafkan orang lain

Kerana hanya perkara kecil sehinggakan terputusnya hubungan?
Boleh saja selesaikannya~
Tetapi itulah~kerana ego hati menjadi keras
Tidak mahu menjernihkan keadaan..
Manusia ini kita tidak dapat meneka apa yang akan terjadi padanya
Bila-bila masa dia akan boleh berubah~
Ohh come on lahh~jangan jadi childish~


Tolonglah jangan sakitkannya jika kamu tidak mampu merasai kesakitanya~
please~